Jika Itu Takdirku Full Movie Online bestliga.com
Jika Itu Takdirku
Drama Jika Itu Takdirku akan menggantikan Ariana Rose bermula pada Isnin 17/2/2014 di slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Eoon Suhaini. Jika Itu Takdirku akan dilakonkan oleh Shah Iskandar dan Intan Ladyana, Syukri Yahya, Arash Mohd, Azwan Kambos, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Sinopsis Jika Itu Takdirku
Aleya merupakan seorang gadis yang cantik datang daripada keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril merupakan seorang jejaka tampan yang digilai ramai wanita. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan sombongnya berada ditahap yang tinggi.Mentalitinya mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar getaran hatinya pada Aleya. “Salahkah Aleya mencari bahagia?” Mengapa Aleya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah sebab beribu dan berbapa orang miskin? Walaupun miskin, tapi Aleya masih ada maruah diri.

Satu peristiwa telah menyatukan mereka. Tapi dek ego, sombong dan pentingkan darjat Syed Aizril melayan Aleya dengan hina sekali. “Kuasa cinta,tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril, Ketika menyulam bahagia, muncul Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril membuat onar, dendam Emilin pada Aleya harus ditunaikan. Dia menganggap Aleya perampas Syed Aizril yang konon dianggap kekasihnya, namun bagi Syed Azril hanya Aleya yang bertaktha dihati. “You dengar sini Aizril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah akan pastikan hidup you musnah…musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I.

I janji Aizril, I janji.” Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. “Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Aleya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika. “Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? “Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri.

Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris. “Cinta…cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. “Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku.

Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras daripada batu kerikil. ” Cinta…cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. “Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Aleya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Aleya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang.” Ketabahan Aleya yang ingin anak-anaknya membesar dalam keadaan sempurna tatkala doktor menyatakan dia mempunyai ketumbuhan dalam kepala membuatkan dia kembali pada Syed Aizril yang kononya sudah berubah. Kebahagian yang dikecapi hanya sementara bila Syed Aizril mula cemburu buta pada isterinya.

Walaupun cintanya hanya untuk Aleya, ego mengatasi segalanya. Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin. Dikala penyakitnya semakin parah,dia keluar dari rumah besar itu dengan harapan yang musnah. Ditinggalkan Dania kerana dia tahu ajalnya akan tiba… Masih adakah peluang kedua buat Syed Aizril?


Tonton Jika Itu Takdirku Episod 21 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 20 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 19 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 18 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 17 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 16 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 15 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 14 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 13 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 12 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 11 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 10 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 9 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 8 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 7 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 6 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 5 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 4 Online (akan di kemaskini)
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 3 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 2 Online
Tonton Jika Itu Takdirku Episod 1 Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

1 Comment

  • Sinopsis cerita & nama2 watak dlm Jika Itu Takdirku sama spt dlm novel nukilan Siti Rosmizah yg btajuk Andai Itu Takdirnya…